Pusat Sumber Sekolah

Pusat Sumber Sekolah




Visi
Membudayakan Teknologi Pendidikan Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Negara

Misi

Menjadi Pusat Sumber Sekolah Pusat Pengurusan Ilmu Bestari





PERATURAN-PERATURAN  PUSAT SUMBER SEKOLAH

2.        Waktu Pembukaan PSS
· PSS dibuka dari jam 7.00 pagi  hingga jam 5.00 p.m. dari hari Isnin ke   Jumaat bagi kedua-dua sesi persekolahan.
· Pelajar dibenarkan membaca buku, meminjam atau memulangkan buku serta mencari bahan rujukan pada waktu rehat .
· Walau bagaimanapun, PSS hanya dibuka untuk pengembalian buku   semasa sistem pengautomasian pustaka mengalami masalah teknikal.

3. Kad Peminjaman Buku
· Setiap murid baharu dibekalkan dengan  sekeping kad PSS dengan bayaran RM 3.
· Sekiranya kad tersebut didapati hilang, kad PSS baru perlu dipohon dari pihak PSS dengan bayaran RM2.

4. Syarat Peminjaman Buku
· Setiap pelajar perlu menggunakan kad PSS untuk tujuan peminjaman.
· Seseorang pelajar boleh meminjam  sehingga maksima 3 buah buku   dengan kad PSS tersebut.
· Tempoh peminjaman sesebuah buku ialah 2 minggu kecuali jika dinyatakan sebaliknya dalam kes khas tertentu.
· Pelajar boleh melanjutkan tempoh peminjaman sesebuah buku kecuali Buku Rujukan Mata Pelajaran disebabkan bilangan yang terhad bagi buku tersebut dengan syarat membawanya ke PSS untuk ditetapkan tarikh   peminjaman semula dengan Tarikh pemulangan buku yang baharu.

5. Denda Lewat Hantar Buku
· Semua buku yang dipinjam mesti dikembalikan sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan. Jika pelajar gagal berbuat demikian, denda lewat sebanyak RM0.10 setiap hari  akan dikenakan sehingga buku tersebut dikembalikan kepada pihak PSS.
· Hari Sabtu, Ahad dan cuti umum juga diambil kira dalam menentukan jumlah denda ke atas buku yang lewat dikembalikan.
· Sekiranya ada murid yang degil/enggan memulangkan buku PSS selepas tempoh peminjaman walaupun telah diberi slip peringatan oleh pihak PSS, maka nama pelajar tersebut akan dilapor kepada guru disiplin dan seterusnya kepada pengetua untuk tindakan selanjutnya.


6.        Buku Hilang Semasa Peminjaman

· Pelajar harus melapor kepada pihak PSS dengan segera sekiranya buku yang dipinjam hilang dalam tempoh peminjaman untuk mengelakkan denda lewat pengembalian buku daripada terus bertambah.
· Denda ke atas kehilangan buku PSS dikira seperti berikut:
HARGA BUKU + RM1  =  JUMLAH BAYARAN

7. Penjagaan Buku PSS
· Pelajar dilarang mengoyak, menggunting, menconteng atau merosakkan mana-mana buku PSS.
· Pelajar yang ditangkap merosakkan buku PSS akan dikenakan bayaran seperti berikut:
             HARGA BUKU + RM1  =  JUMLAH BAYARAN
· Pelajar yang didapati cuai dalam menjaga buku PSS yang dipinjam akan dikenakan denda RM5.
Contoh kecuaian adalah:
· membiarkan buku dibasahi hujan
· buku terjatuh ke dalam longkang
· buku dibiarkan dalam kelas atau kawasan sekolah yang lain dan  dijumpai serta dikembalikan oleh pihak lain
· keadaan buku sangat kotor bila dihantar balik ke PSS
· pembalut buku terkoyak
· helaian dalam buku tertanggal
· dan mana-mana kerosakan pada buku disebabkan oleh kecuaian peminjam.